Impian sebelum dan selepas SPM

15 MARCH 2018, 07:52
Dalam kita sibuk-sibuk menoleh memerhati kiri kanan sebelum memasuki laluan yang makin bertali arus, Angah yang mengantikan si Shuib dengan Rahim serta Jep turut sama sibuk dan kecoh cuba memancing pendengar untuk berkongsi cerita akan bidang kerja yang diinginkan dengan realiti yang terjadi kini. Tidaklah dibubuh perut atau ambit ‘pot’ sangat akan apa yang diperkatakan mereka yang bergajian bekerja dengan SinarFM menerusi segment ‘meja bulat’. Keselamatann dijalan raya perlu lebih dititikberatkan.

Semasa mula-mula menghidupkan engine kereta menunggu tuan puteri pucuk kepompang bersolek bersiap, lagu Joan Jett, ‘I hate myself for loving you’ dipertengahan didengari. Ketika bergerak menghantar kesekolah memasing, selesai habis sahaja lagu, si Angah memaklumkan akan tajuk lagu sambil menterjemahkannya – aku membenci diriku kerana menyintai aku – tapi lambat pula disambut oleh Jeff dan Rahim. Aku pulak, bermonolog, ‘janggal sahaja bunyinya…macam tak betul’. Kemudian within few seconds, si Jef bertanya memperbetuli, ‘you’ bukankah ‘kamu’ sambil dibalas berlawak oleh Angah, ‘itulah pasal, sengaja aku nak kau perbetulkan’, sambil tergelak-gelak bersama. Cubaan untuk mengeletek pendengar pagi ini macam tidak berapa hendak jadi. Mereka bertiga saling sahut menyahut akan topik yang diangkat untuk diperkatakan pagi ini. Poke fun-lah sesama mereka bagi menceriakan pagi sambil mengajak pendengar menalipon untuk berkongsi cerita berkisar impian dan realiti kerjaya untuk dispinkan mereka kemudiannya nanti. Bijak memang bijak dalam mendapatkan idea berlawak dari cerita sebenar yang dimaklumkan oleh pendengar sendiri, ‘first hand’ lagi.

Tapi tidak pula terdengarkan bualan dari pendengar lagi sedangkan aku sudah selesai menurunkan anak disekolah masing-masing. Hendak juga mendengarkan celoteh santai pendengar akan nasib diri. Bukanlah hendak busy body tapi sekadar ingin mengetahui ‘destiny’ mereka sahaja. Tiada paksaan bercerita dan yang akan menalipon pun tentulah atas kerelaan sendiri. Selesai turunkan Yaseer diperkarangan sekolahnya, lagu Izad Exist pula berkumandang mendayu-dayu sambil aku melelau ‘MAQ…’ kesekolah kakak pula. Tiada respond-kah akan topik yang memang menyentuhi seluruh pendengar dan dialami kini. Setahu akulah, saban tahun lebih setengah juta pemastautin tetap akan menduduki peperiksaan SPM yang merupakan ‘flood-gate’ terawal memasuki alam pekerjaan. Masakan tiada seorang umatpun yang have the ‘guts’ to contact. Rasanya kebanyakan yang happen mendengari program sinarFM ini tengah sibuk dengan aktiviti harian mereka. Urus anak kesekolah, ini paling pasti, termasuklah aku. Mungkin tengah bersolek sebelum ketempat kerja atau mungkin juga tengah pulun bersarapan takut terlewat report duty. Tiada kesempatan menalipon agaknya. Mungkin juga ada yang rasa tidak perlulah didedahkan liku-liku perjalanan kehidupan kepada mass audience. Berbagai-bagai kemungkinan yang tidak terjangkau dek fikiran. Mana ada orang yang mampu membaca dengan tepat setiap apa yang ingin dilakukan dan diperkatakan saat ini atau dimasa mendatang. Malah setiap orang tidak akan mengetahui dengan tepat sejelas-jelasnya akan nasib diri dikemudian hari.

Bercuti hari ini, mood mengimbau kisah lampau datang pulak. Aku terkenangkan masa di ‘STD 1’ di BHES(2), 1971. Kalau tidak silap masa ‘english’ class. Coretan mengenai hal ini ada dalam blog aku ini tapi tidak ingat tajuknya. Sessi ‘story telling’ agaknya dimana semua pelajar duduk bersila rapat-rapat dihadapan papan hitam sambil cikgu membaca dan membuat mimik muka berlakon mengayakan watak dalam story book ditangannya. Cikgu cina perempuan dalam lingkungan usia penghujung 30-an. Muka cute tapi jamban dah lebau dan suka berkebaya nyonya, mungkin cina baba agaknya amat komited bercerita demi mendapatkan perhatian penuh dari pelajar-pelajarnya. Aku anak kampong. Tidak berpeluang ke ‘kindergarden’ atau tadika sebelum melangkah masuk ke darjah satu. Keinginan yang sangat kuat dari kedua orang tua yang mahukan anaknya yang hujung ke sekolah inggeris tentulah bersebab bertujuan. Ketika itu, tidaklah aku bertanyapun sebab tidak tahu hendak bertanya apa-apa. Apa yang pasti, aku kesekolah menaiki ‘van sekolah’, pergi berhantar balik berjemput. Pelajar Melayu, Cina dan India agak seimbang jumlahnya. 40:30:30 bernisbah dari 36 pelajar sekelas.

Entah bila masanya, dia menyuruh semua murid berdiri berbaris. Adalah dalam 7 baris semuanya dan sebaris 6 orang adanya. Dia tanyalah ikut awal barisan akan cita-cita masing-masing. Dia ingatkan lagi, ‘only those who had told his ambition can sit down’ bila dia bertanyakan, ‘what is your ambition’. Hendak menjawabnya kena pula in sentence bukan pakai sebut sahaja. Maka masing-masingpun macam bagus sahaja main cakap lepas. Macam-macam bidang pekerjaan dihamburkan oleh rakan sekelas masa itu. Nasib baiklah aku dibaris ke 3 paling belakang. Dapatlah idea memilih bidang kerjaya yang mana telah disebut oleh murid terawal. Dalam kesuntukan masa memilih, tidak ingat pula kerjaya apa yang aku pilih untuk menyebutnya. Apa yang pasti aku telah dibenarkan duduk. Ada dua atau tiga murid dibarisan awal yang masih berdiri, belum atau lewat sangat menyatakan bidang kerja yang menjadi minat mereka, mungkin teragak-agak atau malu untuk converse in english atau terlalu innocent memilih.

Apapun, yang diimpikan dan yang terjadi kini adalah dua situasi yang berbeza. Mengikut minat, aku mengemari subjek matematik. Bila refer balik, aku dapat C3 untuk matematik moden dan P7 untuk matematik tambahan masa SPM(81). Manakala di ITM, aku memperolehi ‘B’ untuk Quantitative Studies atau mudah cakapnya matematik statistik. Subject killer juga untuk level certificate CIM(uk). Banyak senior dan coursemate yang terpaksa re-seat paper ini pada semester berikutnya. Aku pula, one-time sahaja dan dapat gred yang membanggakan diri sendirilah. Impian aku tidaklah tinggi mana. Teringin sangat hendak bekerja dibidang perbankan. Ada aku nukilkan juga kisah bogus agency pekerjaan dalam blog. Kemuncaknya, aku berhasil sampai ke peringkat second interview dengan UMBC di Menara UMBC tingkat 7. Kebetulan bertemu dengan Johari Jamil(JJ) rakan sesama coursemate masa sessi temuduga itu. Tidak sempat berbual panjang. Aku dengan beberapa candidate lainnya tengah lepak diluar bilik temuduga menunggu giliran. Tiba-tiba dia muncul. Belum sempat berborak, clerk perempuan menyuruhnya masuk. Bila dia keluar, aku pula dipanggil masuk. Ingatkan dia tunggui aku, rupa-rupanya dia belah terus. Selepas itu, terputus hubunganlah. Mana ada smartphone ketika itu. WhatsApps pun tidak ujud lagi. Mendapat perkhabaran dari rakan lain berbulan selepas itu, si Johari ini bertugas dengan UMBC di Langkawi. Beruntung dia.

Itu cerita dulu. Kini, dalam kurang lebih 10 bulan sahaja lagi, aku sudahpun menghampiri usia 55. Usia persaraan official sebelum di-mandatory-kan oleh kerajaan ke 60 tahun sekitar tahun 2012. Akta yang menjadi polemik seketika iaitu ‘Minimum Retirement Age Act’ yang digubal di-gazetted-kan pada 16/08/2012 dan telah dikuatkuasakan pula pada 01/07/2013 membuatkan mereka yang seusia aku panik memikirkan. Bukan semua orang mampu dan berupaya menyampaikan ke usia 60 tahun. Mungkin sebilangan sahaja yang benar-benar fit dari segi fizikal juga mental untuk menyahut cabaran ini. Mengurut dadalah terasa lega memikirkan apa yang ditakuti tidak dilaksanakan. Buat mereka yang memasuki alam pekerjaan selepas penguatkuasaan pada Julai 2013, termaktublah kelayakan mengeluarkan caruman kwsp diusia ke 60 mereka. Mungkin selepas mendengar pro dan kontranya buat golongan yang mencarum sebelum pelaksanaan maka pihak yang beria-ia benar ini, yang entah mana mereka dapatkan such a ‘brilliant idea’ terbantut meneruskan cadangan.

Sekejapan sahaja masa berlalu. Impian yang tidak digapai suatu masa dahulu tapi setiap hari pula bermain dengan ‘angka’ yang makin memeningkan. Mengelak dari menceburi bidang pemasaran walau pada awalnya terpaksa memilih mengambil kursus ‘marketing’ punyai ceritanya yang tersendiri. Biarlah berahsia seketika. Ketentuannya tidak siapa mampu menduganya dengan penuh kepastian. Harungi sahajalah kehidupan ini biar apa jua rintangan dugaan yang semestinya harus ditempuhi dengan penuh ketabahan.

Berserah dirilah kepada Yang Maha Kuasa dan Maha Menentukan agar kita diberi hidayah menuju ke sana nanti.

Sehari sebelum 25 tahun

Amat menakjubkan. Hari yang ditunggu-tunggui dan dinantikan tiba akhirnya. Kebetulan aku bercuti ERD pula pagi Isnin ini. Seolah merayakan genapnya 25 tahun aku bertugas di Jusco dan dijenamakan semula sebagai AEON selepas milenium. Memang aku tidak menyangka dan tidak pernah pula menduga yang aku akan kekal setia sehinggalah ke detik ini. Biarpun ramai rakan yang sesama mula bertugas pada tarikh Jusco Melaka dibukai 25 tahun nan lalu telah berhenti seorang demi seorang dan mencari tempat baru sebagaimana yang dimahukan mengikut kehendak hati masing-masing, aku masih tetap disini. Malah ada juga yang telah kembali ke rahmatu-Allah atas alasan telah tersurat keatas diri masing-masing. Mengingat-ingati saat merelakan diri bertahun-tahun dilingkungan Jusco/Aeon sehingga kini, pastinya akan mengimbau banyak malah terlalu banyak kisah suka-duka yang dihadapi. Biarpun begitu tidak semua antara kita yang bersikap mahu menyingkap kisah-kisah yang sesama hadapi dan harungi. Terpulanglah pada diri masing-masing membuat penilaian dan interpretasi. Jika melihat dari sudut yang baik maka baiklah akhirnya. Andai memilih sudut penglihatan dari arah yang buruk sahaja, tiada apalah yang boleh dibanggakan. Membuang masa sahajalah selama 25 tahun di Jusco Ayer Keroh bagi mereka yang takut dan tidak mampu mengharungi cabaran hidup dan kehidupan yang semakin hari semakin mencabar ini.

Pagi ini aku amat sentimental pula. Berkeadaan sedemikian hampir dua minggu selepas menjemput Yusree pulang bercuti seminggu sempena Raya Haji pada 08/09/2016 bersamaan hari Khamis. Merasakan aku terpelosok jauh kedalam. Seolah tidak dapat bergerak, tidak mampu bangkit dan gagal dalam setiap tindakan. Mungkin juga aku tidak pandai mengemudi perjalanan kehidupan ini. Kerap dan sering sangat aku tidak berdaya mengharungi setiap cabaran mendatang. Banyak sangat perkara yang tetiba sahaja memperlahankan langkahan kaki ini. Tanggungjawab dan tugas harus dipikul serentak. Mempertikai dan menyoal rationalnya tindakan yang diambil akan makin melengahkan masa dana makin melambatkan pergerakan. Bukanlah bermaksud tidak merancang dengan baik tapi perancangan yang dibuat dan diambil sering pula digagalkan oleh perkara yang sekelipan mata memerlukan tindakan segera lagi pantas. Seberapa lamakah lagi aku kekal dalam situasi sebegini dan secepat manakah aku dapat melepasi diri dari belenggu yang menjerut bergantung kepada tindakan yang aku harus ambil. Kaki tangan semuanya terikat. Kabur pandangan. Kurang jelas pendengaran. Tiada haluan yang tetap untuk meneruskan langkahan.

Sebermula pagi Raya Haji @ 12/09/2016, perasaan hati amat berdebar-debar. Mengharungi hari yang mendatang ibarat melintasi laluan berlopak dan berlumpur yang penuh dengan onak, duri dan ranjau. Tidak pernah aku rasai sedemikian ketika hari pertama melaporkan diri bertugas dengan Aeon. Entahlah kenapa pada pagi Raya korban, terasa sangat-sangat dikalbu dan membawa pula sehinggalah ke pagi Isnin ini. Bukanlah hendak perbandingkan dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain tapi sekadar menilai pencapaian diri setakat ini. Berjayakah aku atau gagalkah aku. Diri sendirilah yang merasai dan menanggung setiap tindakan dan pilihan yang dibuat. Tiada persoalkan orang lain akan punca jaya gagalnya sesuatu usaha yang dibuat. Semuanya telah tertakdirkan. Pun begitu pastinyalah ada faktor-faktor yang menyegerakan dan melengahkan sesuatu hal itu dari berlaku. Memanglah kita tidak mampu meramalkan apa yang patut berlaku dna mana yang tidak mahu ianya berlaku. Tapi sedikit sebanyak, lambat cepat dan betul salahnya usaha, tindakan, dan rancangan yang dirasakan terbaik sangkaan kita itulah penyumbang kearah kejadian seterusnya. Biarpun begitu, perjalanan hidup harus diteruskan samada betul ke tindakan kita apatah lagi yang bersalahan dan bertentangan. Malah bumi tidak akan terhenti dari berpusing akibat kesilapan yang diperbuat dan akan senantiasa berputar sehinggalah keakhirnya.

Aku melapor diri pada 21/09/1991. Surat tawaran yang aku bawa pagi itu dengan menunggang RX-Z Fairway Blue kesayangan.Teringat lagi pada awal Septermber tahun 1991 itu, aku hadir ke walk-in interview. Ada anggota Bluewaves yang mulut lemes ketika itu seolah mengejek menegur. Selepas  menongkatkan motor ditempat parkir, aku bertanyakan anggota keselamatan Jusco yang sedang berehat semasa sesi berkawad mereka sambil tangan aku memegang  ‘file’ sijil aku, arah lokasi tempat walk-in interview. Ya, mereka berikan kerjasama. Tapi ada pula mamat yang tidak semena-mena setelah aku jauh menjarakkan diri dari kumpulan berkawad jeritkan, ‘ Berkilat kasut… boleh dapat ke?’. Spontan menoleh kearahnya. Aku tidak mengenali dia dan dia juga tentulah sedikitpun tidak mengenali aku. Sehingga kini dan hari ini insan bernama Kamarul yang ada ‘guts’ ini masih sesama bertugas dan sering berselisih dan berteguran. Sehari sebelum hadir ke walk-in interview, aku bergerak memasuki highway dari KL selepas bertugas pagi di Hankyu Jaya. Seingat aku lepas maghrib, aku memulakan perjalanan balik ke kampong. Masa tahun 1991, mana adanya smartphone seperti sekarang ini. Tengah top masa tu adalah pager. Setiap seorang tergantung pelbagai bentuk terselit dipinggang seluar. Sudah semacam fesyen pula. Terdengar beep sound, spontanlah masing-masing melihat message yang disampaikan oleh syarikat penggendali pager. Bergegaslah pula ke public phone jika pesanan menyuruh owner menghubungi orang yang memesan. Sekarang ini, bukan sekadar message malah video serta boleh surf web terus tanpa sebarang gangguan. Terus berhubungan sepantas ‘ABC…’ tiada masalah dan kerumitan mencari public phone tapi kena pastikanlah ada ‘credit’ dan ‘data’.  Masa diawal-awal 80an pula, zaman tengah sekolah, budak-budak muda ketika itu lebih kepada mengantungkan kotak ‘Ray-ban’ dipinggang masing-masing. Tempat memperagakannya adalah dimajlis rumah kahwin orang kampong. Masing-masing sibuklah kehulu kehilir menayangkan betapa segaknya berkacamata hitam bertujuan memikat anak dara orang. Menolongnya sekejap tapi lebih berborak mengayakan cermin mata sambil mata melilau melihat anak dara orang.

Berbalik kepada kisah aku ini, sampai di staff entrance dan masih sama dari dulu sehingga kini walaupun ianya sudah nampak lusuh tidak berjaga, aku menyerahkan dokumen kepada ‘clerk’ rasanya. Kemudian dia menyuruh aku masuk kebilik untuk diinterview. Bilik yang selepas beroperasi adalah bilik cashier team asalnya, bertukar beberapa tahun kemudiannya sebagai bilik gerakan bluewaves, dikosongkan pula sebagai tempat menyimpan plastic bag cashier untuk beberapa ketika yang kemudiannya menjadi bilik store kepada admin dan akhirnya sebelum Raya puasa telah diupgrade menjadi bilik CCTV sehinggalah sekarang. Tiada banyak manapun yang ditanyakan. Malah aku pula menjawabnya dengan penuh keyakinan. Sedangkan masa di kL dulu,memang lebih bersedia aku tika mendatangi Mayban Finance  Medan Tuanku dan memanjat UMBC sampai dua kali berinteraksi dengan officer mereka walau merekapun melayu bertutur dengan aku menggunakan bahasa inggeris didalam sesi temuduga kendalian mereka. Segala apa yang ditanyai mudah aku jawab kerana hampir 2 tahun aku didalam retail business masa di Fajar Departmental Store(melaka) dan Hankyu Jaya(Chow Kit @ KL). Asas dan pendidikan formal aku sudah mencukupi untuk aku layak diterima. Aku hulurkan juga ‘Dip. In Marketing(UK)’ walaupun aku akui memadailah dengan kelulusan diperingkat SPM sebagai sandaran. Aku tidak kisahkan lagi kelulusan tertinggi yang aku ada dan miliki. Bagi diri ini semuanya hanyalah pembuktian yang aku pernah mencabar diri mengenali setakat mana mampunya diri menghadapi ujian dan rintangan kehidupan. Berjaya atau gagalnya didalam sesuatu bidang tidak pula bermakna yang aku akan turut gagal didalam bidang yang lain juga. Lainlah andai diri disengajai untuk tidak mahu berjaya atau takut hendak berjaya. Segala kemungkinan yang dikhuatiri lantas tidak yakin akan kemampuan diri bukanlah berpunca dari sesiapa tapi keadaan sekeliling yang bertindak semacam ‘reciprocal’ keatas diri.

Lama jugalah 3 penemuduga didepan aku itu, yang kemudiannya aku ketahui adalah 2 supervisor  dan seorang line manager, meneliti dan berbincang sesama mereka sebelum yang senior atau ketua penemuduga bersuara. Dia mula berkata dengan meminta maaf dan terus memaklumkan yang jawatan yang sesuai dengan kelulusan tertinggi aku ini telah dipenuhi dan buat permulaan ini tiada kekosongan. Namun begitu dia menawarkan aku jawatan sebagai ‘jurujual’ or ‘sales assistant’ sebagai permulaan. Seterusnya tanpa membenarkan aku berkata atau mencelah, dia memberikan kataduanya, kalau bersetuju dengan ‘post’ yang ditawarkan, boleh lapor tugas pada 21/09/1991 atau andai tidak bersetuju maka tiadalah kekosongan jawatan lain. Dia turut memaklumkan yang hari kehadiran aku ini adalah sesi ‘walk-in’ interview yang diwar-warkan oleh En. Rashid yang sangkaan aku adalah pegawai HR(Human Resource) tapi ternyata yang ianya adalah Store Manager pertama untuk Jusca Melaka ketika menemuinya seminggu sebelum.

Tanpa berfikir lama dan terasa macam sudah letih sangat dengan dugaan mencari kerja dan temuduga maka dengan rasa sedikit terkilan dan terkenangkan perit jerih yang aku lalui selama ini  serta membuang rasa ego aku yang lama bersarang, lalu aku terimalah tawaran Jusco. Maka bermulalah episod hidup aku bersama Jusco yang tanpa diduga dan disedari telah mencapai 25 tahun kebersamaan.

Akan bersambung…

 

 

 

Salah baca lah….

22 FEBRUARY 2014, 06:09 PM
Sekejap sahaja seminggu sudah berlalu. Terasa masa bergerak terlalu pantas. Tahu tahu sahaja dahpun berjumaat lagi. Namun insan selalu terlupa akan hakikat masa. Ingatan serta kekangan masa yang samada sengaja diadakan mahupun gagal memanfaatkan masa yang dihadirkan amat mengusarkan setiap yang bernyawa. Memang Allah swt bersikap Maha Adil keatas umat manusia, baik yang mengaku dirinya seorang Islam mahupun buat golongan kuffar. Setiap orang diuntuk jumlah masa yang sama dan setara banyaknya iaitu 24 jam sehari. Penggunaan masa dipulangkanlah kepada individu itu sendiri untuk merencanakan penghidupan seharian masing-masing. Namun ingatan yang diberikan menerusi surah al-asr dimana dipermulaan ayat telah ditegaskan yang mana manusia macammana carapun dan bagaimanapun masa yang diberikan itu digunakan akan mengakibatkan kerugian pada diri sendiri melainkan mereka yang telah melaksanakan apa yang harus dilaksanakan serta yang dianjurkan. Maka beruntunglah mereka yang patuh dan sebaliknya pula yang akan didapati buat mereka yang ingkar.

Untuk Jumaat 21/02/2014, setelah tekan file pdf didalam folder ‘Khutbah Jumaat’ di Portable Drive Acer yang berkapasiti 500GB, aku bacailah teks khutbah dengan tajuk ‘Adab Bersahabat’.
الحمدالله!
Berkat dari latihan serta latih tubi yang berterusan, pembacaan tulisan jawiku tiada masalah besar yang aku hadapi memandangkan telah mula bertatih-tatih le ketika itu sekitar October 2010 lagi didalam pembacaan bahasa Arab yang mula meyakinkan namun perlukan sekerap mungkin membaca serta memahamkan ertinya. Sekejap sahaja aku menghabiskan teks bacaan yang dimestikan para khatib/imam untuk dibacakan ketika berjumaat nantinya. Habis membacanya, aku cuba recall point-point penting yang cuba disampaikan oleh penulis teks khutbah. Selepas recap , barulah turun kebawah untuk makan tengahari, mandi sunat Jumaat serta bersiap dengan uniform kerja lalu bergegas kekereta. Sebabnya ketika hendak keluar rumah, azan telah berkumandang dari Masjid Raudah Al-Jannah. Namun aku tidak berjumaat di Raudah al-Jannah tapi menonong aje ke Masjid Saidina Ali. Park-kan kereta dibahu jalan, betul betul berdepan dengan Norshahera Tom Yam dan melangkah laju ke arah masjid. Sekelompok budak-budak taman/kampung membentuk separuh bulatan di tepi longkang konkrit terlihat olehku. Lagaknya hendak berjumaat tapi masih duduk mencangkung sambil menghisap rokok dan ada juga yang tengah mengunyah keropok lekor agak-agaknya yang dibeli dari brother bersama isteri gamaknya yang berjualan mengunakan lori yang telah diubahsuai tidak jauh dari tempat mamat-mamat ni berlonggok. Kemudian terdengarlah biji butir khutbah yang dibacakan oleh imam dan sambil melangkah menghampiri perkarangan masjid, maka lebih jelas lagi isi bacaan khutbah.

‘….. maka bilal-lah yang patut dipatuhi, dan imam salat yang mesti diikuti …..’.

Terdetik difikiran sambil kehairanan. Aiik, tadi aku baca pasal bab adab bersahabat. Ini apsal pulak bilal, imam pun tersebut. Rasa-rasa akulah, tidak pulak terlintas didalam pembacaan semasa belum ke masjid. Cuba ingatkan kembali akan tajuk-tajuk untuk bulan Feb mengikut minggu. 1st pasal perbelanjaan keluarga, keduanya bab aqidah kalau tak silaplah, ketiga pasal solat berjamaah dan untuk minggu ke empat dan akhir minggu bulan Feb adalah pasal adab bersahabat. Betullah tu, cuba meyakinkan diri. Aku tadinya juga membaca teks untuk minggu terakhir. Apsal pulak imam kat masjid saidina ali berkhutbah dengan tajuk solat berjamaah pulak ….. nak kena denda ke pasal tidak ikut arahan. Entah macammana tetiba aje aku tersedar yang jumaat ini bukanlah yang terakhir untuk Feb tetapi minggu depan 28/02/2014.

Its okay. Apapun khutbah yang disampaikan dan sebagai makmum harus mendengarinya segala peringatan serta panduan didalam kehidupan dihari muka. Ikut atau tidak ikut bergantung pada individu yang hadir mendengar atau hadir sekadar sesama berjumaat. Terpulanglah ….. . Imam yang menyampaikan khutbah cuba sehabis baiknya sepertimana yang dihajati oleh penulis khutbah dengan lenggok bahasa serta intonasi yang sesuai dan sepadan didalam meluahkan kekesalan. Bilamana segala kebaikan solat berjemaah yang dinyatakan dan dilapikkan pula dengan hadis Rasullullah saw, namun kebanyakkan umat Islam memandang remeh. Ditokoknya pula dengan rasa kehairanan yang mana kalau yang muda muda mungkin pasal kurangnya pendedahan, tapi bagi yang tua tuapun liat hendak berjemaah, apa hal pula. Berikutnya dinyatakan perkara yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak yang prihatin bagi tujuan menarik khalayak ke masjid seperti katanya,

‘ …… Biar sekuat mana pembesar suara sampai ke telinga, biar masjid berkarpet tebal dan berhawa dingin, ………’

Namun kesalnya adalah jumlah kehadiran kurang dari 50 orang dari penduduk khariah yang ribuan orang ramainya. Diperjelaskan lagi even yang dudukpun berhampiran masjid malah cuma dipisahkan oleh pagarpun terasa masih ‘jauh’ dari masjid. Dinyatakan juga akan senario yang biasa terlihat dan mungkinlah juga penulis khutbah ini menyaksikan sendiri demi menghadirkan feel dalam penyediaan teks dan disampaikan pula dengan penuh emosi dan lenggok bahasa yang catchy dengan katanya, masih seronok berlonggok disimpang-simpang jalan(mungkin refer pada budak bujang), masih selesa di padang-padang permainan(anak sekolah mungkinnya), masih enak menghirup kopi di kedai-kedai berhampiran(dituju tepat kepada golongan pesara agaknya), masih leka berurus niaga dipasar-pasar malam(ini tentunya dimaksudkan peniagalah tu), masih leka dengan mengilap kereta atau masih leka dengan gurauan anak dan cucu-cucu yang tercinta(orang dewasa), dan masih ternganga dengan siaran television biarpun masjid cuma dipisahkan dengan pagarnya sahaja.

Disimpulkan dengan mengharapkan semua makmum yang hadir untuk sama sama memakmurkan masjid. Semua orang berperanan ‘mengajak’ kearah kebaikan. Diingatkan juga akan perlunya mengadakan solat berjemaah bagi setiap waktu kerana kalau tiada didirikan oleh kariah tertentu maka semua ahli khariah akan dipertanggungjawabkan. Ini adalah Fardhu Kifayah namun sebahagian dari kita mengambil sikap bila orang lain sudah buat, aku tak payah….. . Khutbah yang disampaikan serentak pada seluruh masjid di negeri Melaka pada tarikh yang dinyatakan dan besarlah harapan yang sembahyang Asar, Magrib dan Isyaknya nanti akan bertambahlah bilangan makmum dan bukan lagi hanya ada satu ataupun cuma dua shaf sembahyang sahaja lagi.Namun hakikatnya yang terlihat selepas khutbah dan sehingga seminggu yang berlalu, masjid terasa suram dan sepi setiap kali azan dilaungkan. Lebih ketara lagilah diwaktu Subuh. Hendak dikatakan khutbah itu sukar difahami atau terlalu tinggi penggunaan kata-kata atau istilah yang tidak pernah didengari sampaikan tidak dimengertikan juga sesuatu yang mustahil. Ini memuskhilkan dan menjadi tanda tanya bagi mereka yang cuba memikirkannya. Kehadiran tetap macam yang sebelumnya. Orang yang datang juga tetap mereka yang sama juga. Tiada penambahan bilangan walaupun berapi-api dan bersungguh-sungguh menyampaikan khutbah. Mana silapnya.

Ternyata ketentuan Allah mengatasi perancangan manusia. Mungkin pada pandangan kita yang inilah adalah yang terbaik pernah dibuat. Sebenarnya banyak lagi aspek yang terabai, sengaja dilupakan ataupun tidak mengetahui ada elemen lain yang core yang mesti ada dan menjadi syarat terpenting tetapi tidak dikukuhkan. Bilamana aspeks fardhu Ain yang menjadi teras dikesampingkan lalu mana mungkin hendak mengharapkan keberhasilan sesuatu perancangan. Ibarat pepatah lama kita, Yang berat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih pula tidak mungkin akan datang melayang kalau tidak kena dengan caranya. Bayangkanlah dan fikirkanlah, kehadiran yang berbagai orang bersembahyang jumaat samada yang muda mahupun yang tua, bijak berilmu ataupun yang bodoh bodoh alang, bekerjaya atau cuma seorang penganggur, yang sudah berpergian menunaikan haji mahupun yang sekadar berkira-kira hendak kesana dan juga yang amat mengetahui kepentingan berjemaah atau sekadar ikut ikut sahaja namun kesemuanya masih gagal menghadirkan diri ke masjid.

Apapun, tetamu ke ‘Rumah Allah’ bukanlah kita yang menentukan. Malahan kita dipilih untuk menjadi tetamuNya. Maka beruntunglah bagi mereka yang sentiasa didalam lindunganNya.

Melengah-lengahkan Sembahyang

Melengah-lengahkan Sembahyang

Tergerak pulak aku untuk mencoretkan sesuatu setelah membaca article dibawah ni yang aku copy sebahagiannya dari blog En. Hamizul yang kebetulan memasuki ruang homepage igoogle dibawah tab ‘orang melaka’. Aku suka membaca apa saja coretan mengenai orang melayu dalam pelbagai aspek kehidupan dari penulis blog yang juga pelbagai ragam dan tentu sekali pelbagai latarbelakang. Membaca luahan rasa atau apa saja cerita yang ditulis oleh individu itu sendiri, rasa-rasanya lebih ikhlas dan terbuka berbanding dengan berita akhbar yang tersiar yang tentunya perlu melalui proses suntingan dan harus menepati aspirasi akhbar itu sendiri. Al-maklumlah makan gaji. Membaca kesemua blogs yang ada, rasanya mustahil dapat dilakukan walaupun berkemungkinan. So , aku setkan kepada beberapa topik iaitu 1. Tentang Coretan Pengalaman/Perjalanan Hidup, 2. Tentang Orang Melayu dan 3. Tentang Orang Melaka. Makanya, artikel-artikel yang berkaitan secara auto-nya akan memasuki ‘web’ aku ni dan akan aku cuba membacanya ketika ada masa terluang.

Apapun, terpanggil aku memaksa diri untuk mencoret sesuatu bilamana membaca coretan En. Hamizul tentang pengalamannya menyusuri sungai Melaka yang banyak menyimpan rahsia. Menarik pengalaman yang beliau lalui tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah tentang kesesuaian masa dalam melakukan aktiviti riadah ini.

Berdasarkan keseluruhan artikel yang aku baca ni, amat jelas sedara Hamizul sekeluarga menyusuri kehulu dari jeti Quayside berdekatan ‘Pusat Maklumat Pelancung’ or Tourist Information Centre. Dan kemudiannya berpatah balik ketempat beliau naiki tadi dalam tempoh masa antara 40 minit ke 45 minit gitu. Hakikatnya, manusia mudah terpesona dan dipesonakan oleh kecantikan dan keindahan yang sementara sifatnya. Ujian yang ditimpakan keatas seseorang itu berbeza dan berdasarkan tingkat keupayaan mereka untuk menilai dan self-check atas apa yang dilakukan. Saya mengandaikan yang beliau sekeluarga mungkin telah berada dikawasan sekitar tebingan Sungai Melaka tu seawal 6:00 petang. Mungkin ketika menyampaikan ke sekitaran Kampung Morten tu, azan pula berkumandang. Pada tarikh lawatan yang beliau nyatakan iaitu 17/10 ataupun 18/10, waktu Maghrib bagi Bandar Melaka adalah pada pukul 18:59 manakala waktu Isyaknya pula ialah pada pukul 20:09. (sumber : www.al-azim.com)

Setahu akulah, Kg. Morten punyai surau aje memandangkan terdapatnya sebuah masjid berdekatan iaitu Masjid Pengkalan Rama yang terletak hanya diseberang sungai iaitu sebelah kanan(jika masih didalam bot tentu nampak bumbung masjid tersebut) sebelum sampai di jeti Taman Rempah. Malah besar kemungkinan laungan azan tu datangnya dari Masjid Pengkalan Rama. Tak mungkinlah ianya dari masjid Kg Hulu mahupun masjid Kg. Keling. Apa yang pasti bila bot tu buat ‘U’ turn untuk ke jeti Quayside mungkin mengambil masa 20 minit lagi sedangkan waktu Maghrib yang pendek sekitar 1:10minit telah tinggal hanya 50 minit saja lagi. Selesa memanglah kurang selesa bila terpaksa rushing untuk menunaikan solat. Inilah harga yang perlu dibayar pabila ingin menikmati suasana terbenamnya sang mentari dimasa yang begitu kritikal.

Secara peribadi, projek pengindahan Sg. Melaka yang dibahagikan kepada 4 fasa seawal tahun 2001 lagi serta membelanjakan sekitar RM320juta(USD100 million) keseluruhannya dan dengan harga tiket setakat RM10.00 per head serta memerlukan sekitar 45 minit , agak-agaknya berapa tahunkah ROI-nya.

Makanya dan mungkin tidak akan dilakukan oleh pihak pengurusan ‘Melaka River Cruise’ untuk tidak beroperasi seketika diwaktu Maghrib sementelahan pula diwaktu sebeginilah dikira ‘prime time’ bagi pengunjung/pelancung untuk menikmati suasana ‘nyaman’ serta menghidu ‘haruman’ air sungainya. Mungkin pihak pengurusan punyai alasan yang munasabah tapi bagaimana pula dengan pengendali bot itu sendiri. Okaylah aku makan gaji aje takkan nak bantah arahan majikan. Nah, disini kita mungkin ambil mudah bab solat ni bila berdepan dengan dilemma. Terserahlah pada individu itu sendiri untuk memilih. Jangan sampai terkeluar cakap-cakap, ‘Kubur kau kau jaga, kubur aku aku jaga. Jangan nak menyibuk!’ sudahlah.

Sebagai lanjutan serta ada hubung-kaitnya dengan catatan En. Hamizul ni, aku perturunkan catatan peribadi aku sekitar tahun 2006 hanya sekadar renungan di akhir artikel ni.

Petikan artikel ‘Mudik di Sungai Melaka’

Pada kali ini, saya bercita-cita sangat untuk memudiki Sungai Melaka dengan botnya. Nama canggihnya Melaka River Cruise. Adik saya di Melaka (Fizah) menyarankan, jika mahu menaikinya, maka ambillah trip waktu malam. Lebih cantik pemandangan sepanjang sungai. Lalu, menjelang Maghrib kami bersiap sedialah. Tiket berharga RM10 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak. RM80 jugalah bagi rombongan kami.

Kemudahan agak baik. Di jeti bot, gudang-gudang lama zaman dahulu masih ada. Turut diubah suai di situ, ialah kemudahan membeli- belah cenderamata; namun agak kurang menyerlah berbanding di Dataran Pahlawan. Sementara menunggu turn menaiki bot, kami mengambil gambar keluarga sebagai kenang-kenangan. Ramai juga pelancong bersama kami, maklumlah khabarnya menarik perjalanan yang bakal ditempuh nanti.

Kami memulakan perjalanan dalam kerlipan neon serta pelbagai lampu di waktu malam. Bau air sungai agak hanyir

walau tiada kelihatan sampah atau botol-botol di permukaannya. Baguslah, setidak-tidaknya kebersihan Sungai Melaka akan terus terpelihara jika semua orang tahu menjaga kebersihan. Memang cantik apabila sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan malam yang penuh lampu warna-warni. Tiang-tiang lampu di sepanjang sungai dihias dengan lampu-lampu berwarna- warni, pancutan air bermuzik juga berwarna-warni, rumah-rumah kedai setinggi dua hingga tiga tingkat juga terjaga kebersihannya dan diterangi lampu. Jambatan pelbagai bentuk banyak merentasi Sungai Melaka dan ada pengunjung yang melambai-lambai kepada kami dari atasnya.

clip_image002clip_image004

Namun, pengalaman paling mengujakan perasaan ialah saat melewati Kampung Morten, yang dikenali sebagai ‘Muzium Hidup’, yang saya rasa adalah sebuah perkampungan lama yang sejak dahulu lagi sudah wujud di tebing Sungai Melaka. Di kampung itu, mereka memasang lampu di setiap rumah hinggakan atapnya pun disimbahi cahaya, terang-benderang kampung itu. Memang menarik sekali untuk disaksikan oleh kami. Dan…saat asyik melayan perasaan itulah, tiba-tiba sebuah masjid di kampung itu melaungkan azannya…aduhai, sangat meruntun perasaan sekali. Indah sungguh alunan suara muazzin menyeru kepada Allah SWT, dan saya berharap, hendaknya adalah manusia non-muslim yang bersama-sama kami di atas bot itu akan terdetik hatinya untuk lebih mengenali Islam kelak, insya-Allah. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya di sini.

clip_image005

Keseluruhan masa sehala dalam perjalanan, mengambil kira-kira 20 minit. Jika anda ingin berjalan kaki atau berjoging, maka silakanlah…siar kaki turut dibina sepanjang tebing sungai itu. Bahkan ada satu bahagian yang turut ditanami dengan pohon-pohon bakau, memang cantik dan merimbunkan.

Anak-anak saya seronok semuanya…ya, kami mudik di Sungai Melaka…sungai yang dahulunya mungkin pernah dimudiki oleh Hang Tuah, Hang Li Poh dan Sultan Melaka!

Pasted from <http://www.hamizul.com/?p=848>

08/08/2006 Selasa.

Dipagi Selasa yang redup berkabus ni, tiadanya pancaran matahari pagi. Sejuk tak pula dirasai. Tapi dah terasa bahangnya sang mentari. Suasananya macam berada di tanah tinggi seperti di Bukit Fraser ataupun Cameron Highland. Tapi tak terasa kedinginan walaupun tak melampau seperti di Europe atau dinegara-negara beriklim sejuk lainnya. Hakikatnya seperti yang diberitakan semalam, berlakunya pembakaran terbuka di Sumatera Barat dan kawasan sekitarnya. Akibatnya terjadilah jerubu yang membuatkan jarak penglihatan berkurangan dan indeks pencemaran udara mendadak naik. Sekaligus memudaratkan kesihatan terutamanya orang tua dan juga kanak-kanak yang bermasalah dengan pernafasan. Apa kurangnya dengan orang dewasa, pun boleh dikaitkan dengan pencemaran ni. Walaupun degreenya taklah seteruk orang tua ataupun kanak-kanak, kalau nak kena, tak kiralah tua ke muda, besar mahupun kecil.

Apapun usah tertipu dengan perubahan yang berlaku. Masa tetap bergerak tanpa menunggu atau memberitahu sesiapapun. Yang lepas tetap dah berlaku dan menjadi kenang-kenangan. Yang dihadapi adalah realiti yang perlu ditangani sebaik mungkin. Dan yang akan berlaku perlukan perancangan yang rapi lagi teliti agar diredhai oleh Allah swt jua.

Diketika ini aku teringat kembali suatu ‘kisah’ selepas habis bertugas pada Ahad 05/08. Selepas e-mail updated sales di Central Court ke merchandiser, aku pun terus ke staff entrance. Swipe ’employee card’ dan tinggalkan uniform di locker. Lihat jam dah dekat nak masuk waktu Maghrib. Borak dengan Mat Noor di park bench berdepan dengan staff entrance. Lat beberapa minit, muncul pula si Zam Zam. Bualan makin rancak, bilamana selepas dia baca akhbar didepan Admin. Office, isu serangan Israel keatas Lebanon diperkatakannya. Tuduh menuduh serta kenapa dan mengapa tak dibantu saling dilemparkan dan cuba mencari penyelesaian. Disilang pula dengan gelak ketawa bila idea yang dihamburkan terasa janggal atau agak keterlaluan dan perlu ditertawakan bersama.

Dalam pada tertawa-tawa tu, azanpun berkumandang dari masjid berhampiran iaitu Masjid Bukit Beruang yang baru. Aku berdiam diri sambil signalkan ‘time-up’ macam orang main basketball. , tapi Zam Zam continue bercakap-cakap serta cuba provoke aku. Aku buat selamba aje. Diajaknya Mat Noor berborak. Selesai aje azan tu, aku ucapkan ‘salam’ kat mereka sebab depa semua ber-shift petang. Melangkah pantaslah aku ke Kancil yang di-parking dibelakang Mc D. Tak lengah lagi, start engine kemudian bergerak pulang.

Sampai diselekoh KFC, aku perlahankan kereta sebab ada ‘hump’ atau bonggol. Kelihatan satu family Melayu berjalan perlahan-lahan seolah-olah bersantai lagaknya. Siibu bertudung kepala dihadapan sekali, anak-anaknya yang perempuan berbaju kurung dan lelakinya berbaju melayu dan belakang sekali sibapa. Bapanya bert-shirt dan berseluar jean aje serta sling bag bersilang dibahunya. Terpegun aku seketika bila melihat insiden ini. Nak kemana bang?, ingin rasanya aku tanyakan soalan ini. Aku perhatikan saja mereka berjalan in single line ke Mc Donald’s dari dalam kereta yang sengaja aku perlahankan. Jam dah menunjukkan 7:35pm. Cepatnya mereka bersembahyang, mungkin juga untuk ke surau pelanggan didalam premis Jusco untuk menunaikan kewajiban individu. Aku cuba berprasangka baik. Tapi dalam hati masih bertelingkah. Cuba mentafsirkan dan buat andaian. Apakah ini contoh yang baik dan perlu diteladani oleh anak-anak bilamana waktu maghrib yang singkat ni dilengah-lengahkan. Tiada perasaan ke atau tak mahu muliakan. Kenapa tak keluar lepas waktu Maghrib agar tak timbul syak dan wasangka. Lebih afdal rasanya berjemaah bersama keluarga. Tapi kenapa berada diatas ‘jalan’ diwaktu yang dikira kurang manis bagi sebuah keluarga Melayu ‘moden’ ni. Apa yang hendak dibuktikan mereka. Lebih buruk lagi apakah setelah dewasa nanti, anak-anak akan berada diatas ‘landasan’ yang betul kalau perkara asas tak dipentingkan dan diperkukuhkan. Ibu bapa merupakan ‘mentor’ kepada anak-anaknya. Kalau tak mampu melaksanakan tugasan yang diamanahkan, kejayaan dalam ‘memperbesarkan’ anak-anak dari segi sahsiah diri, ketrampilan, menjadi insan kamil dan bertakwa rasanya sukar dicapai.

Aku bergerak meninggalkan mereka dibelakang. Sempat juga aku menjeling ke cermin pandang belakang dan aku cuma berdaya mengeleng-gelengkan kepala tanpa disuruh. Memasuki Lebuh Air Keroh, akupun memecut. Tapi tak kesampaian untuk melepasi traffic light didepan Hospital Pantai. Lampu telah bertukar ‘merah’ dari warna kuning. Masa digital menunjukkan ’99’ and start counting down. Beberapa ketika kemudiannya, terdengar siren polis trafik dari kejauhan arah bertentangan iaitu dari arah Ayer Keroh. Aku dapat saksikan dengan jelas kerja mereka berdua iaitu anggota polis trafik mengawal lalulintas di persimpangan lampu isyarat ni. Ini kerana aku berada betul-betul dihadapan sekali. Kelihatan kenderaan rasmi Gabenor atau TYT meluncur deras diiringi anggota polis trafik lainnya dihadapan dan belakangnya membelok kearah ‘Istana Melaka’ yang tersergam di puncak Bukit Beruang. Secara spontan aku melihat jam tanganku dan jamdi dashboard. Kedua-duanya menunjukkan waktu yang sama iaitu 7:40 petang.

Ketika berhenti seketika di persimpangan Hospital Pantai ni, aku flasback akan insiden keluarga melayu ke Mc Donald dan kini tersentak pula dengan pergerakan ‘orang besau’ diatas jalanraya pula dan betul-betul didepan mata. Secara tiba-tiba aku kaitkan dengan insiden yang pertama yang dilihat sebentar tadi. Apa yang mahu dibuktikan kini. Dah sembahyang ke ‘orang’ didalam kereta besar tu? Penting sangat ke urusan yang dibuat sebelumnya. Andaikata yang didalamnya adalah TYT sendiri, apa ertinya semua ini. Cuba bertanya-tanya sendirian. Instinct aku merasakan yang didalam tu adalah TYT memandangkan iringan polis trafik didepan dan dibelakang. Mana mungkin anggota beruniform dah bersembahyang kalau dalam masa kritikal ini masih diatas jalanraya. Tak mungkin juga didalam kereta tu bini TYT. Apa dibuatnya sehingga dah masuk waktu Maghrib masih tak masuk ‘kandang’ lagi. Pening kepala aku akibat berkecamuknya soalan yang bertubi-tubi. Malah gelengan kepalaku seolah-olah cuba menafikan apa yang aku lihat. Gelengan semakin lemah and back to normal bilamana lampu isyarat kembali ke warna hijau. Ini bererti aku perlu teruskan perjalanan. Begitu juga perjalanan hidup perlu diteruskan selagi ajal belum tiba.

Sebagai nak kaitkan kedua-dua insiden ni dengan apa yang telah aku baca dan cuba ‘fit in’ cerita yang berlaku dizaman Rasulullah saw, moga-moga menjadi input berguna didalam mengharungi kehidupan ini. Dalam buku hadis 40 atau arabnya disebut ‘kitab’ yang dihasilkan sekitar tahun 1929 dan aku hanya membaca versi cetakan 1968 dan antara yang berkaitan ialah dari hadis yang ke 40, iaitu;

"Telah diriwayatkan daripada Ibni Omar r.a., senya telah dipegang oleh Rasulullah bahuku seraya berkata: Adalah engkau didunia ini sebagai orang berdagang atau orang dalam tengah perjalanan.

Dan adalah Ibni Omar setelah itu berkata: Apabila engkau berpetang-petang janganlah engkau nantikan subuh-subuh dan apabila engkau bersubuh-subuh janganlah engkau nantikan petang, dan ambillah kesihatan engkau itu bagi habuan sakit engkau dan daripada hidup engkau bagi habuan mati engkau."

Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.

Antara huraian hadis yang seperti diterjemahkan diatas, menyeru manusia yakni kita dimasa ini, supaya jangan berlengah daripada berusaha dan beramal barang satu saat pun buat habuan hidup didunia atau buat untuk akhirat. Ibarat orang berdagang yang tiada lengah sedikitpun bagi mengenal kampung dan mengenang tanah airnya. Atau orang tengah dalam perjalanan tiada lalai ia bagi meneruskan perjalanannya.

Sehubungan dengan hal diatas, aku telah dan sedang reread kitab ‘Israk dan Mikraj’ bersempena dengan bulan Rejab sekarang ini. 08/08/06 ni bersamaan dengan 13 Rejab 1427H. Yang berkait rapat dalam hal yang diperkatakan ni ialah peristiwa yang dilihat sendiri oleh Rasulullah saw dan minta penghuraian ataupun penjelasan dari Jibrail semasa didalam perjalanan dari Baitullah ke Baitulmukkadis. Nabi Muhammad saw dipertunjukkan akan beberapa gambaran ‘tamsil’ dan ibarat akan hal-hal yang berlaku keatas umatnya. Antaranya, iaitu sebelum dimikrajkan,

"Ia sampai disatu golongan yang dihempap kepala-kepala mereka dengan batu besar, tetapi tiap-tiap kali diremukkan, kembali kepala-kepala itu seperti sediakala, dan dilakukan demikian atas mereka dengan tidak putus putus. Maka Nabi bertanya, Siapakah mereka itu, Jibrail?. Jawabnya; Merekalah orang-orang yang berat kepalanya pada mengerjakan sembahyang fardhu."

Sesungguhnya setiap individu itu melalui jalan hidup yang berbeza-beza. Ada yang berliku-liku. Ada yang lurus selurus-lurusnya. Ada yang sampai ke penghujung dan ada juga sekadar dipertengahan dan lebih mengejutkan, ada yang baru nak memulakan telah dijemput pulang. Bukannya lama atau sekejap yang dilihat tapi banyak manakah ‘bekalan’ yang telah dikumpul untuk dibawa pulanglah yang lebih diutamakan dan dinilaikan. Apapun berusahalah tanpa mengenal jemu. Wasallam.

Antara Tetek ‘Terbelah’ Dengan Tetek Bijik

Kasi baca – Tak mandi selama 35 tahun

Sebenarnya hari ini pun rasa-rasanya tiada waktu terluang untuk mencoretkan sesuatu. Tapi dek rasa hati yang membuak-buak, memaksa aku melempiaskan ‘gian’ hari ini.

Fikir punya fikir, banyak isu yang mahu aku ulas tapi hal ni lebih menonjol serta poin-poin mengenainya masih berligar-ligar dan kadangkala ligat dikepala. Justeru itu topik mengenai anak lelaki ataupun perempuan yang dikurnia-Nya aku pilih.

Menguatkan serta merangsangkan lagi untuk mengulas persoalan ini bilamana semasa menghantar anak ke sekolah pada pagi 13/05/2009 bersamaan hari Rabu, buletin sinar di Sinar FM yang disampaikan oleh Johan Hamzah pagi tu mengenai satu berita yang menarik perhatian aku untuk lebih attentive seketika itu. Kisah seorang bapa yang tidak mandi selama 35 tahun hanyalah semata-mata mengamalkan ritual bagi mendapatkan zuriat lelaki. Bapa di negara India ini telahpun memiliki 7 orang anak yang kesemuanya adalah perempuan. Amalan tak mandi selama 35 tahun dengan tujuan untuk mendapat seorang ‘putera’ amat anih dan tak pernah aku dengar sehingga kini. Berbagai persoalan dan pertanyaan keluar secara spontan ketika memandu pagi tu memandangkan maklumat yang disampaikan begitu minimal. Pandai benar dia ‘trigger’ pendengar Sinar FM terutama sekali aku.

Sebaik saja sampai dirumah, akupun menonong aje keatas serta on-kan PC buruk aku ni. Kemudian pergi ke ‘Google Search’ dan taipkan ‘35 years not taking bath’. Bila aku tekan ‘enter’ button aje, ahh nah kau!, berderet article yang keluar mengenai kisah Kailash ‘Kalau’ Singh tentang usaha desperatenya untuk mendapatkan seorang cahayamata lelaki. Lapuran yang dibuat oleh berbagai media berpengaruh dunia merujuk pada sumber dari India yang sama iaitu ‘Hindustan Times’

So lapuran yang tertera diskrin PC bersaiz 19’’, aku baca dan hayatinya dengan penuh teliti. Ceritanya macam tak betul aje. Ataupun gimik untuk lariskan suratkhabarnya. Referencenya terlalu general. Kenapa komen isterinya tidak turut disertakan. Apakah Kailash ‘Kalau’ Singh ni berstatus duda atau masih memperisterikan ibu kepada 7 orang anak perempuadahpun 63 tahun.Tak berpuashati, aku cuba dapatkan gambarnya pula. Apa lagi copy & paste ajelah. Dari lapuran tu umurnya dahpun 63 tahun. Lihat wajahnyapun rasa-rasanya payah untuk melihat puteranya yang bakal dilahirkan(kalau diizinkan-Nya) membesar semasa hayatnya. Admire jugalah tentang semangat dan keinginan yang ditunjukkan dan diwar-warkan ke serata dunia. Namun, semangat tak berputus asa aje tidak memadai kalau tidak disusuli dengan tindakan yang sepatut dan seharusnya.

Kejadian di India ni memperlihatkan kepada seluruh manusia tentang cara yang diamalkan dalam memperolehi anak lelaki tapi masih belum terbukti keberkesanannya. Berita ini mungkin tidak membawa apa-apa makna bagi pasangan yang dikurniakan anak yang ramai tapi amat menarik perhatian pula terutamanya pasangan yang senasib dengan abang ‘Kalau’ kita ni. Lebih lagilah pada pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat walaupun dah bertahun tahun berkahwin. Walau sekarut mana sekalipun amalan yang dilakukan, ianya mungkin memberi sedikit ‘sinar’ bagi pasangan yang mempunyai permasalahan yang sama.

Namun begitu, kita sebagai umat Islam tentu sekali punyai perspektif berlainan dengan mereka yang non-muslim lebih-lebih lagi dengan Abang ‘Kalau’ Singh dengan tindak tanduknya yang bersalahan dengan norma-norma kehidupan manusia biasa. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya redha akan ketentuan Illahi keatas diri samada ianya berupa kebaikan/kesenangan apatah lagi keburukana/kesukaran. Takdir yang menimpa diri atau limpahan kurnia yang diberi mengatasi segala perancangan yang kita lakukan. Allah swt Maha Adil, Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui dalam setiap ‘pemberian’ dan ‘ujian’ keatas hamba-hamba-Nya. Namun begitu, setiap apajuapun yang menimpa diri merupakan ganjaran setimpal dengan kesungguhan serta niat seseorang. Yang pastinya setiap ketentuan Illahi tu, ada mempunyai hikmah tersembunyi yang perlu dibongkar oleh manusia  untuk menginsafi diri serta meyakini ke-Esaan Allah swt.

Kekadang tu, terfikir juga kenapa si Polan tu tak dikurniaka zuriat, manakala buat si Polan yang lain pula berderet-deret yang tiba(setahun satu beb). Ada pula yang memperolehi anak lelaki semata atau ada juga yang dapat perempuan semuanya. Dari pemerhatian aku sendirilah, walaupun belum terbukti kebenaran/ketepatannya, adanya ciri-ciri khusus bagi setiaap pasangan yang berzuriat denga yang tidak, yang punyai anak lelaki semata dengan yang memiliki anak perempuan. hal ini akan aku huraikan kemudian nanti.

Mengenai petua yang dilakukan oleh Kailash ‘Kalau’ Singh unjuran ‘godman’ di India sana tu, tak tahu pulak kat mana logiknya. India yang tamaddunnya cukup panjang dan terawal masih ada amalan sebegini dan dituruti pula oleh masyarakat, harap-harap cuma Abang ‘Kalau’ sorang aje, membuat aku rasa simpati keatas nasib yang menimpanya. Manakala dilingkungan aku pula, juga terdapatnya petua-petua serta tanda-tanda samada pasangan suami-isteri tu dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan. Orang tua-tua ni selalunya kalau meneka ni, jarang yang silap. Misalnya, kalau tengok perut ibu/bakal ibu yang mengandung dah tahu dah samada lelaki ataupun perempuan yang bakal dilahirkannya. Kalau bulat, diberitahunyalah,dapat ‘orang dapur’ lagilah kau. Kalau lonjong kedepan dah sahlah dapat ‘orang muda’ le pulak. Apa agaknya perasaan ibu yang mengandung tu bila diberitahu sedemikian. Berbagai reaksi pastinya dijelmakan. Maklumlah, kalau jantina kandungan yang diramalkan menyamai harapan siibu tentunya bersemangat menantikan hari kelahirannya. Apakala berbeza antara yang dihajati serta yang dinujumkan, mahu gundah gelana dibuatnya bukan saja pada siibu malah sibapanya juga.

Secara tiba-tiba pula, aku teringatkan kisah seorang nenek yang kebetulan adalah ibu angkat kepada jiran kami semasa menyewa di Taman Desa Duyung sekitar awal tahun 2001 dulu. Dah nama berjiran maka amalan kenal mengena dan bertegur sapa menjadi suatu kelaziman pula. Menurut kata ‘orang rumah’ aku, mak angkat Kak Idah(jiran yang dimaksudkan) menjangkakan yang kami bakal menimbang cahayamata perempuan. Selain pandai menelek, beliau juga adalah tukang urut/pengasuh wanita bersalin berpengalaman. Mungkin tenaga yang kian berkurangan disebabkan faktor umur memaksanya ‘meletak jawatan’ dan lebih berehat kini. Walaupun kudrat berkuranga tapi skills masih tak hilang. Curious dengan pernyataan yang dibuat oleh orang rumah aku tu, akupun tanyailah balik. ‘Macammana makcik tu boleh tahu?. Ikut cerita orang rumah, masa sessi bualan pagi ataupun bualan petang tempoh hari, anak nombor 2 si Yusuf berlenggeng mendapatkan emaknya masa mereka tengah rancak berborak. So masa bila pula tak ketahuan tapi entah macammana dia meramalkan yang anak yang bakal dilahirkan sekitar awal bulan Mei nanti adalah seorang ‘puteri’. Bila aku tanyai lagi,”Amacam dia boleh tahu?’. Bini aku terangkan yang menurut makcik tu, Si Yusuf ni puting teteknya terbelah. Maknanya anak berikutnya mungkin perempuan. Masa tu aku tak berprasangka apa-apapun. Ini memandangkan kami telahpun dikurniakan 2 orang putera berselang 11 bulan cuma. Nasib baik berlainan tahun. Kalau tak, seorang lahir awal tahun dan seorang lagi hujung tahun. Tak ke haru namanya tu. So, bagi aku tak kisahlah samada lelaki ke ataupun perempuan.  Kami terima aje apa jantinanya buat anak ketiga kami. Yang penting kelahirannya normal dan selamat baik sianak dan lebih-lebih lagilah ibunya. Redha akan ketentuan-Nya.

Maka pada tanggal 10 Mei 2001, lahirlah seorang puteri yang sempurna dan kami namainya Ameera Shakinah. Mujur semuanya selamat dan dah berusia 8 tahun dah kini. Dan terkenang kembali ramalan Mak Aji. Usikan nakal berupa pertanyaan pada Mak Aji oleh bini aku masa sessi berborak mereka tu, ‘Kalau bukan tetek terbelah, apa maknanya pulak?’. Huraian yang diberinya ialah kalau abang atau kakaknya mempunyai tetek bijik yakni puting teteknya berbiji ataupun berpunat maknanya yang kemudian bakal dilahirkan adalah lelaki. Sekali lagi ternyata kebenaran kata-katanya Mak Aji ni. Adiknya Si Ameera adalah Ahmad Yusree yang kini bertadika JAIM. Walaupun ianya merupakan suatu kebetulan saja, tapi tetap ada ketepatan yang bukan disengajakan. Perlu kajian saintifik ni.

Hal kaitan antara puting tetek dengan jantina anak ni merupakan satu ilmu juga. Dan sebagai pengukuhan, cubadapatkan seberapa banyak ‘sampel’ sebagai pembuktian. Ternyata semuanya menepati pola yang sama. Menakjubkan. Terbaru, pada 18/04, sepupu, En. Yusuf bin Ahmad menjemput kenduri kesyukuran anaknya yang baru mendapat cahayamata. Cucu pertamanya perempuan dan yang terbaru ni oleh anaknya yang kedua juga perempuan. Abang Usop ni hanya punyai 2 anak iaitu Rahayu dan Rahaya. Kebetulan lagi kedua-dua cucunya juga perempuan. Takdir  Illahi tak mampu menolaknya dan tak terduga sama sekali. Semasa didalam kereta diperjalanan pulang, orang rumah beritahu yang aku akan dapat cucu perempuan lagi. Aik! macammana tahu ni. Menurutnya, semasa Ayu dan Aya tukarkan baju anak masing-masing, kedua-duanya punyai puting tetek yang terbelah. Oh ye ke!, Cekap nampaknya dah sekarang ni. Boleh jadi Mak Nujum ni. Termulanya kisah ni, bila aku nyatakan hasrat yang kelahiran berikutnya bagi Ayu dan Aya nanti adalah anak lelaki pula. Yang pasti Abang Usop tak bersambung zuriatlah nampak gayanya.

Andailah ‘penemuan’ ini dimaklumkan kat Abang ‘Kalau’ yang kerap berkalau ni, apakah dia boleh menerimanya. Misal kata, anak perempuannya yang bongsu punyai tetek terbelah juga, tentu sekali akan disanggahnya. Apa pula kelakuannya bila sebaliknya berlaku iaitu bertetek biji. Mungkinkah dia bakal menerima anak lelaki. Lebih memburukkan keadaan, mampukah isterinya yang mungkin seusianya dan tentunya dah melepasi usia kritikal untuk bersalin lagi iaitu dah monopause untuk kembali mengandung. Entah-entah bini diapun dah cabut sebab tak tahan dengan kerenah dan kerja gila dia tu.

Apakah nasibnya nanti setelah tak berdaya mengharungi sisa usianya yang kian bertambah lanjut, bilamana anak-anaknya yang berupa ‘amanah’ tidak dijagai dandipelihara sesempurna mungkin. Takut nanti pepatah lama yang berbunyi, ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula yang berciciran’ menimpa diri. Malang sungguh malang jadinya. Tak mustahil hal ini boleh berlaku. Masa sekarang ni, apa-apa perbuatan yang jahat sifatnya apatah lagi yang zalim, Allah swt tunjukkan masa kita masih hidup lagi. Banyak contoh yang boleh dijadikan ikhtibar. Misalnya kisah seorang anak di Muar yang sanggup menetak tangan bapanya sebab tak bagi duit untuk beli dadah yang tersiar diakhbar beberapa tahun dahulu. Dan baru-baru ni pula, tersiar kisah di Kelantan tentang anaknya yang sanggup membakar rumah ibubapanya yang dia sendiri turut mendiaminya hanya kerana hasratnya tak dipenuhi. Bukannya anak perempuan tapi anak lelaki yang menjadi pelakunya. Mungkin ada kisah silam yang ‘hitam’ pernah dilakukan oleh insan bergelar bapa menyebabkan peristiwa tak terduga menimpa diri.

Kesimpulannya, apa juga jantina anak yang diterima bersyukur ajelah. Ni nak bersusah payah berusaha buat apa. Seolah-olah menolak kurniaan Allah swt. Penolakan oleh pasangan yang tak redha ni hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan. Mengabaikan tanggungjawab atas anugerah yang diberi akan terpaling balik keatas diri mereka sendiri. Allah swt menyegerakan pembalasan tak perlu tunggu diakhirat. Kat atas dunia lagi ditjunjukkan-Nya. renungkanlah dan marilah kita fikirkan bersama. Perjalanan hidup yang penuh paancaroba ni perlu dilalui juga samada suka ataupun tidak sehinggalha kita dipanggil ‘balik’.

Nak cakap, cakap ajelah

                                                                                                                        18/10/2008

Katakanlah(Uji & Hail)

 

L:         Duhai gadisku mengapa lambat tiba

            Lama sudah ku menanti

            Ku sangka dikau terlupakan janjimu

            Bimbang rasa hatiku

 

P:         Maafkan daku membuat kau tertunggu

            Bukannya aku sengaja

            Pada ibuku malu hendak berkata

            Ingin jumpa dengan mu

 

L:         Mengapa sayang masih lagi sembunyi

            Perkenalan yang mesra

 

P:         Biar cintaku tiada siapa yang tahu

            Rahsianya hatiku

 

L:         Katakan saja dirimu dah berpunya

 

P:         Akulah teman setia

 

L:         Kalau setuju pada ibu dan ayah

 

P:         Tunggulah hari bahgia

 

Dialog:

            L:         Hey Uji, Uji ….

 

            P:         Eeemm……

 

            L:         Uji sayang pada Hail tak?

 

            P:         Hail ni mengarutlah

 

            L:         He he he, Kenapa pulak mengarut …..

 

            P:         Alah bang…. cendana pulak

 

            L:         Iya kah …..

                        Hey Uji, hey …..

                        Nantilah dulu sayang

                        Nantilah dulu ….

 

Lagu ini aku sengaja perdengarkan kembali pada 29/07/2006. Sebelum tu  semalam iaitu 28/07 adalah Hari Jumaat. Ianya merupakan hari off day aku. Manakala Sabtunya adalah hari dimana aku mengambil annual leave. Ada berbaki 10 hari lagi untuk menyampaikan hujung tahun. Bercuti dihujung minggu kalau ikut majority orang ‘makan gaji’ memanglah amat ditunggu-tunggu. Masa ni  lah untuk berehat dan yang berkemampuan pula,  ‘outing’ bersama keluarga. Bagi yang bujang-bujang, biasanya inilah masanya untuk bersiar-siar dan berpeleseran bersama awek atau buah hati. Ketikanya untuk mengenali hati budi masing-masing. Kalau berkenan dan ‘serasi’ mungkin diteruskan. Kalau tak, dicuba lagi mencari pasangan yang sesuai dan yang terbaik antara yang berjaya dipikat oleh sang jantan.

 

Malangnya, walaupun duit gaji dah dapat, keutamaan mengatasi keperluan yang bersifat secondary. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kredit kad serta uitility bills perlu dilangsaikan setiap penhujung bulan. Yang tinggal selepas tu barulah diuntukkan kepada keperluan harian @ household. Keperluan anak anak yang semakin membesar perlu difikirkan seserius yang boleh. Tiada lagi nak membazir tak tentu arah. Apatah lagi, setiap pergerakan memerlukan ‘wang’. Tanpa wang bukannya tak boleh hidup. Tapi kehidupan kini memerlukan wang untuk apa jua aktiviti kehidupan.

 

Beralih kepada lagu ‘Katakanlah’ ni, memang dah lama nak diulaskan tapi tak kesampaian. Hinggalah kini, rasa-rasanya barulah ada ruang dan kesempatan untuk ‘pertikai’kannya. Inilah aktiviti yang mampu aku buat pada hujung minggu yang tak melibatkan wang secara langsung. Kira-kira nak ‘kemot’ sikitlah. Bukannya berkira tapi kena budget bang.

 

Aku teringat kembali dizaman persekolahan dulu iaitu ketika di darjah 6 di BHES(2). Masa tu pada tahun 1976. Tahun enam, kami anggapkan tahun ‘honeymoon’. Ini memandangkan ujian ‘besar’ untuk sekolah rendah dah lepas iaitu Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Banyak masa terluang disamping menghabiskan sukatan pelajaran darjah 6. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk darjah 6 hanyalah sekadar mencukupkan syarat.Tak perlu rushing atau lebih tepat lagi tahun untuk bersantai.

Ini disebabkan keputusan Penilaian Darjah 5 menjadi asas untuk kemasukkan ke tingkatan 1. Aku hanya mampu mendapat 2A 3B. Tak cukup kuat untuk ke MRSM walaupun boleh memohon. Untuk ke High School pula disyaratkan memperolehi sekurang-kurangnya 3A. So, aku antara yang diserapkan ke sekolah yang baru dibuka iaitu SMAL, kependekkan kepada Sekolah Menengah Air Leleh.

 

Masa penghujung tahun akhir di sekolah rendah tu, masing-masing sibuk menyalin lirik lagu yang pop sekitar 70-an dan menyanyi sama-sama sebagai satu aktiviti. Masa tu belum ada lagi kemudahan photostat seperti sekarang ni. Ada yang berani tu sanggup ke depan kelas untuk mengalunkan lagu yang telah disalin untuk hiburan semua. Masa tu cikgupun dah jarang-jarang masuk ke kelas. Mamat yang kerap kedepan adalah yang ala-ala bapok, kalau tak silap Hamidon namanya. Siap dengan showmanship sekali. Kami kerap ketawakan apa saja yang dikira dan difikirkan lucu. Nak memasuki alam dewasa, almaklumlah semuanya dah di-khatankan. Sifat-sifat ‘teruna’ tu sikit-sikit mula menjelma dan ditunjukkan. Perubahan tak siapa yang boleh menahannya. Ianya datang sendiri lebih-lebih lagi yang biological sifatnya.  

Anehnya masa tu, budak Cina dan juga India pun turut sama sibuk menyalin lirik lagu dan cuba-cuba nyanyikan apa yang mereka tulis. Terasa semuanya terlibat dalam aktiviti yang mampu menghilangkan rasa bosan tak belajar ketika itu. Tapi itu dulu …..,

 

Mengenai lagu yang hendak diperkatakan ni, rasa-rasanya terdapat sedikit kejanggalan. Terasa agak aneh bilamana yang perempuan pula yang ajak berdating. Yang berjanji nak jumpa tu dah le satu hal, yang si jantannya pula asyik remindkan buah hatinya akan pertemuan yang dijanjikan tu. Pada sekitar tahun hujung 70-an kalau benarlah seperti yang digambarkan dalam lagu ‘Katakanlah’ ni, bermakna telah mula merebaknya keruntuhan moral dikalangan remaja masa tu. Hakikat ni tak dinafikan memandangkan aku sendiri pernah melihat pasangan kekasih berdua-duaan di atas St. Paul hill suatu ketika sekitar 1976 tu. Masa tu, aku terpaksa menghadirkan diri sessi latihan Rumah Seladang atau warna ‘Ungu’ pada sebelah pagi. Ketika itu aku bersekolah di sesi petang. Takkan nak balik ke rumah pula. So, aku lepak-lepak dikawasan bukit St. Paul sementara menunggu waktu persekolahan. Ketika tu waktu hampir ke tengah hari. Terserempak dengan mereka berdua disatu sudut dengan kedua-duanya memandang kearah ‘Memorial Kemerdekaan’. Tapi masa tu belum lagi dikenali dengan nama itu tapi merupakan ‘Malacca Club’. Ada pub didalamnya. Dan lat beberapa meter saja dibawah tempat mereka berdiri dijendela tu, iaitu dicerun bukit, adalah tempat persemadian orang-orang Belanda. Mereka dalam lingkungan usia 20-an dengan budak lelaki tu macam ‘Komando’ Sg. Udang dengan crew cut-nya. Mamat yang memeluk dari belakang aweknya tu, sedang mengesel-geselkan ‘awang damit’nya dijamban aweknya sambil merenung keluar. Sama ada pandang ke ‘Memorial’ atau ke kubur Belanda tak lah aku maklum. Yang peliknya, si betina tu diam aje bila diperlakukan begitu. Tapi yang pasti kedua-duanya tengah bayangkan syoknya ber’asmara’ mungkin. Apapun, harap-harap mereka masih ber’nyawa’ dan telah berkahwin dan berkeluarga. Usia merekapun kini mungkin dalam lingkungan awal 60-an.

 

Memikirkan apalagi mengkritik sesuatu yang tak sesuai dan serasi dengan norma-norma kehidupan masyarakat Melayu yang ‘ideal’ perlulah dilihat dari banyak aspek. Menyempitkan scope penganalisaan sesuatu perkara yang melingkungi kehidupan seseorang tanpa mengambil kira persoalan lain yang berkaitan bakal mengundang ‘bias’ dalam memberi cadangan atau usul untuk mengatasinya. Misalnya, dalam hal pergaulan bebas antara muda mudi ni, bukan setakat golongan remaja saja yang perlu diambil kira malah ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya perlu memainkan peranan masing-masing.

 

Tapi apa perlunya hendak bertemu ditempat yang ‘mencurigakan’. Bukankah lebih elok dan manis dipandang kiranya bertandang kerumah si-dara kalau si-jantannya betul-betul  gentleman. Mungkin juga ada element-element nak ambil kesempatan bila bertemu diluar. Bila mana terlepas dari pandangan orang tua dan  berada disuatu tempat yang sunyi dan terpencil kedudukannya, macam-macam hal boleh berlaku seperti yang aku lihat sendiri tu. Yang ruginya si-betinalah. Kenapa hendak berjumpa diluar. Malu nak beritahu ibu pasal dah ada pak we tapi tak malu pulak bila diajak berdating.

Nah! disini jelas, penulis lirik lagu ni, bahawa persoalan keagamaan dikesampingkan. Bila mana hukum-hukum agama dipandang remeh, masyarakat tidak lagi di’ikat’ oleh nilai-nilai murni terbit dari pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama. Lebih parah lagi, individu yang dah ‘baligh’ tak mahu dan tak mampu mempelajari dan mendalami serta mempraktikkannya untuk kesejahteraan hidup didunia yang sedia maklum fana ini. Ditambah pula oleh pihak berkuasa yang tidak menyediakan prasarana yang efektif dalam persoalan ini serta tebalnya sifat sambil lewa kakitangan yang dipertanggungjawabkan, pastinya tak memungkinkan kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil buat kesejahteraan ummah seluruhnya.

 

Kalau setakat nak berjanji bersetia mengapa perlunya di tempat sedemikian. Siapa pula yang jadi saksi perjanjian tak rasmi ni. Siapa agaknya  yang akan endorse-kan, bilamana berlaku dan timbulnya krisis atau mungkir-janji. Kan ke lebih elok, kalaulah dah berkenan sangat dengan anak orang tu, minta saja orang tua pinangkan sidia. Malah susur galur serta ‘background’ tentang keluarga sebelah perempuan akan dibriefkan dengan lebih mendalam oleh kaum kerabat. Ni tidak, ikut pandai-pandai sendiri. Boleh gitu? Tambahan pula, hujah yang diberikan oleh ibu dan bapa  sendiri samada pilihan anaknya itu sesuai ke,padan ke atau apa ke tentulah untuk kebahgiaan sianak sendiri. Jarang sekali pilihan dan restu keluarga tu tak tepat dan tak serasi. Sekiranya terjadi juga, maka amat malanglah sianak dan mungkin juga dan perlulah dilihat sebagai ujian dari Allah s.w.t.

 

Yang pastinya, kembalilah kejalan yang diredhaiNya. Semoga perjalanan kehidupan kita diatas muka bumi ini menjadi ibadat dan dilimpahi rahmatNya sehinggalah ke hujung hayat. Insya-Allah.

 

 

 

 

 

 

Takdir Penentu Segalanya

Pada pagi Khamis 13/11/2008, lebih kurang pukul 7:30pagi, sedang aku menunggu air panas yang dijerang isteriku mendidih sambil sambil tu tontoni program Malaysia Hari Ini TV3, aku digemparkan oleh SMS dari Nora. Kebiasaannya, Nora akan sms aku pasal maklumkan masuk kerja lewat dari yang dijadualkan. Selalunya bila masalah keluarga yang tak dapat dielakan untuk dia datang tepat pada masa  yang dijadualkan. Entah macam mana kali ini aku bingkas capai phone yang terletak atas meja tulis bersebelahan. Lihat pada nama yang tertera ianya dari Nora Furniture with pengenalan dirinya yang aku setkan ‘JJ Nora’.

Salam…abg Azhar suami k. ct maszatul dah meninggal dunia accdnt mlm td.(13/11/2008  07:32:42 AM)

Azhar aku kenal, Ct pun aku kenal apatah lagi si Nora ni. Betul ke berita yang aku baca ni. Hal-hal kematian tak boleh dibuat main-main apatah lagi sebagai bahan lawak. So aku terus contact balik Mak Nora. Bukan sekali tapi few times but no reply. Rasa macam tak percaya aje. Apapun, kalaulah benar berlaku, sebagai hamba allah kenalah bersabar atas dugaan yang ditimpakan. Selang beberapa minit kemudian mak nora call back dan aku terus tanyai dia betul ke apa yang nora smskan tu. Saja nak kan kepastian. Katanya dia terima sms dari pak hitam @ Azmi Muhammad lewat pagi tadi. Akupun cuba dapatkan clarification dari mak nora ni yang bagi aku, aku anggapkan dia sebagai ‘penyampai maklumat era’. Menurutnya, accident tu berlaku sekitar 11 malam. Bila dah pasti, ucapkan terima kasih atas info yang dibahagikan tu. Bila masuk kerja nanti kita akan dapatkan maklumat yan lebih lanjut lagi.

Sesampai aje ditempat kerja, perut pulak meragam. Cepat-cepat ke tandas ditingkat bawah. Puhh!! lega rasanya. Tatkala keluar aje, aku berselisih dengan Puan Manisah yang juga orang lama dan amat mengenali arwahnya Azhar. Beliau menceritakan kejadian yang menimpanya. Al-maklumlah Manis ni satu line dengan arwah dan tentunya mempunyai contact yang lebih menyeluruh mengenai kejadian yang menimpa arwah. Tergambar rasa sayu dan sedih diwajahnya. Akupun begitu juga. Cuma aku maklumkan kepadanya berita yang aku terima melalui sms dari Nora dan cuma hendak dapatkan kepastian. Dan dari belakangArulmary pula muncul. Terus memeluk Manisah sambil teresak-esak nangis. Adegan yang tak ingin dilihat. Aku terus ke line aku untuk morning briefing.

Sebermula briefing, akupun minta semua yang hadir pagi tu sedekahkan ‘Al-Fatiha’ kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat serta mengingatkan staff yang menunggang motor supaya sentiasa memakai helmet. Pagi tu berita kemalangan maut Azhar menjadi bualan setiap staff yang mengenali beliau. Ajus, account clerk, ceritakan tentang niat arwah hendak ambil result UPSR bersama anak tunggalnya pada 13/11/08 yang tak kesampaian. Begitu juga statement dia yang dia tak dapat hantar ibu ct ‘naik’ haji minggu depan tapi tak nyatakan sebab musababnya. Tak seorangpun menanyai kerana tak mensyakki apa-apa ketika itu dan mungkin dia dah dapat rasai yang ajalnya akan tiba lebih awal dari pemergian ibu mertuanya ke tanah suci, ulas Ajus lagi. Bertemu pula dengan Zaini Sukaimi juga dari foodline yang menceritakan perihal arwah semasa bergurau-gurau menyebut supaya jangan tutup mayatnya dengan kain pelikat tapi dengan selimut aje. Tergamam aku sekejap. Teresa dari FSH maklumkan yang ‘Open House’ tahun ini merupakan yang terakhir diadakan. Tahun depan dia dan ct tak akan anjurkan lagi. Rupa-rupanya dia nak meninggal. Pandai juga si India ni gunakan istilah yang betul dan associate kata-katanya dengan musibah yang menimpa arwah.

Semasa menziarah ct, ramai staff serta kenalan rapatnya telah turut berkunjung. Tak berkesempatan mengiringi jenazahnya ke kuburan. Segalanya telah dibereskan di hospital dan terus dikebumikan atas nasihat pihak hospital memandangkan darah  dikepala arwah masih mengalir ketika dikafankan. Ramai juga top management dari HQ turun ke Melaka untuk memberi penghormatan terakhir  terhadap arwah. Satu obligation bagi pihak atasan untuk turut hadir sebenarnya.

Apapun sebagai hamba, kita sebenarnya, yang sihat fikirannya tentu mengakui bahwa mati itu adalah suatu yang paling dekat kepada kita. Malah lebih dekat daripada apa jua pun. Sebarang waktu dan sebarang saat manusia itu mungkin mati. Allah swt akan mematikan kita tidak meminta izinan lebih dahulu kepada kita, dan tidak pula hendak mesyuarat dengan kita lebih dahulu. Allah swt mematikan kita tiada terhalangi oleh kesihatan kita, oleh banyak kaum dan handai taulan kita. Malahan tiada yang membatasi antara dunia kita dan akhirat kita melainkan mati. Sedang mati itu setiap minit, setiap bernafas pasti mendekati kita. Bersabarlah atas dugaan yang menimpa diri. Wasallam.

Pembuangan

Umum menyedari bahawa pembuangan merupakan sesuatu perbuatan atau tindakan terhadap hal atau perkara yang tak diperlukan dan tak berfaedah untuk disimpan lama-lama. Tapi dalam perkara yang tertentu, pembuangan amat perlu dan tanpanya atau menyimpannya mungkin akan mendatangkan kemudaratan pula terutamanya yang bersifat biological. Misalnya, pembuangan air(tak kiralah besar ke atau kecil ke) perlu dibuat bila tiba masa dan ketikanya. Menahan lebih lama lagi mungkin akan mendatangkan ‘penyakit’ kepada individu yang cuba hendak melawan hukum alam ni.

Hari ini(17/11/2008), aku dengan rasa berat hati telah membuang dua generasi kucing yang datang ke rumah aku dulu tanpa diundang. Aku pasti kehadiran ibu kucing berwarna hitam pada ketika itu telahpun berbadan dua sekadar menumpang sehingga selesai beranak nanti. Apapun orang yang membawanya serta melepaskannya di taman perumahan yang aku duduki ini punyai alasannya tersendiri tentang kenapa dan mengapa. Pada ketika itu sekitar 11:00 pagi, Mak Itam serta Kak Long(1st batch) dan 3 lagi anaknya yang berusia 2 bulan sedang bersantai di kawasan porch. Tiada rasa syak wasangka sedikitpun. Anaknya(2nd batch) yang seramai 3 ekor tu sedang ‘bergurau-gurau’. Kak Longnya pula tengah bermalas-malas diatas bangku panjang. Manakala si-ibunya pula tengah melekap disudut dinding, mungkin menikmati kedinginan dinding bangunan memandangkan ‘spot’ tu terlindung dari pancaran matahari pagi.

Tergeraknya untuk membuang ni adalah berpunca dari kekerapan batuk yang Ahmad Yaseer alami. Dulu sekejap-sekejap aje dia batuk. Selang beberapa hari hilanglah batuknya. Masih tak dapat tangkap puncanya lagi. La ni, sering pula batuk dan muntah-muntah. Tanyailah orang rumah apa aktiviti dia sehingga kerap sangat batuknya. Menurutnya, dia suka pegang dan peluk anak kucing, kalau tak diberi nanti nangis pulak. Typical ibu yang manjakan anak with simple reasoning but not so accurately correct. Ahmad Yaseer ini adalah cahayamata kami yang ke-lima. Lebih tepat lagi, currently yang paling bongsu. Lebih perhatian terpaksa diberikan kepada Yaseer disebabkan terdapat sedikit komplikasi semasa kelahirannya dulu. Setelah selamat diputerakan pada 13/03/2007, selang beberapa hari selepas di-discharge dia dimasukkan ke ‘Child Intensive Care Unit’ atas alasan penyakit ‘kuning’nya yang melampau tingginya, 36 points. Amat memudaratkan jika tak dipantau oleh pihak hospital sepertimana yang dicakapkan oleh pembantu jururawat kemasyarakatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Kecil, Bukit Katil semasa membuat tugasan membuat follow-up untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Seingat akulah lebih dari seminggu dia menghuni disitu. Kos rawatan semasa di dihospital tu boleh tahan jugalah. Nak tak nak, terpaksalah membayarnya. Bapa manalah yang nak membiarkan anaknyasengsara tak berubat. Setelah keluar dari sana dan atas nasihat doktor serta tip-tips yang diberikan oleh staf nurse, beliau dijaga sebaik yang mungkin. Antaranya cuba elakkan dia dari  menghampiri apatah lagi memegang kucing. Lebih elok lagi jangan memelihara kucing dan itu yang sebaik-baiknya. Dimasa itu dianya baru beberapa hari hadir diatas mukabumi ni, so pesanan mereka itu diingati tapi still belum boleh diapplykan ketika itu.

Apapun sesuatu harus dilakukan bagi menyelesaikan permasalahan ini. Keputusan yang bakal diambil pastinya yang paling terbaik. Namun tentu sekali ada yang terpaksa terkorban atau memang perlu dikorbankan demi memastikan Si Yaseer ini membesar selayaknya. Pilihan harus dibuat. Aku kerahkan A. Yusuf, Ameera, Yusree dan ibu mereka menangkap kesemua kucing yang kami istiharkan sebagai ‘pendatang haram’ dan memasukkannya kedalam kotak. Seingat akulah, kehadiran tetamu tak diundang ni sekitar awal Februari 2007 lepas aje Tahun Baru Cina. Semasa tu orang rumah pulak tengah sarat mengandung. Dijangkakan pada awal March nanti dan kalau tiada aral melintang bakal melahirkan anak yang ke-lima. Sesungguhnya perasan kasihan dan kesian memang tak dapat dihindari sedikitpun malahan perasan itu hadir secara spontan bila terlihat keadaan kucing hitam yang tengah mengeneng perutnya tu. Siapalah yang punya angkara membuangnya. Tak kesian betul pada makhluk yang perlu ditolong seadanya. Adat orang menumpang katakan, mana yang boleh aku tolong maka aku tolonglah. Lebihan makanan tu kerap ‘disedekahkan’ kat sebatang kara ni. Kekadang tu si Yusuf pulak belikan friskies(makanan kucing) lambak dari kedai depan. Katanya sebagai penambah zat. Tarikh lahir anak-anaknya(3 ekor semuanya)  ni atau lebih mesra lagi kami gelarkan ‘mak itam’ adalah pada tanggal 23/03/2007. Bila masa dia beranak, pagi ke atau awal paginya ke tidaklah diketahui dengan tepat tapi memadailah semuanya selamat, maklumlah tiada yang membidankannya. Gelap-gelap semuanya. Cuma seekor aje yang ‘coloured’. Bapak lain kot. Namun begitu hanya seekor cuma yang survived. Yang berlainan warna tu, khabarnya, telah dimakan oleh kucing jantan. Tak pasti lak bapak betul atau bapak tirinya. Yang seekor lagi tu tergilis roda kereta aku semasa reverse keluar dari porch untuk ketempat kerja. Tak membawa maut cuma pinggung dan kaki belakang sebelah kanannya tersepit. Cukup buat untuknya menjerit kesakitan dan cukup untuk membuatkannya kurang sempurna. Ibunya yang sedia ada disekitaran pagi tu terus meluru datang serta mengusap dan menjilat-jilat bahagian yang tersepit tu setelah aku alihkan jauh dari kereta. Naluri keibuan terserlah. Aku tak semena-mena berasa terharu melihat adegan tersebut. Hari-hari berikutnya selepas kejadian ngeri yang dialaminya, anak kucing itu menjadi kurang aktif, lebih duduk diam dari bergerak. Kalau bergerakpun terasa amat sukar dan tak sempurna pergerakannya. Kataorang, berat manalah mata yang memandang amat berat lagilah bahu yang memikul. Lat beberapa hari berikutnya, anak kucing yang malang tu tak kelihatan lagi disekitaran. Aku rasalah, mungkin membawa diri dan mengakhiri riwayatnya. So cuma seekor ajelah yang masih hidup menemani ibunya yang tentunya terasa kehilangan anak-anaknya walaupun amat perit menerima takdir sedemikian rupa. Dan menjadi suatu obligasi pula pada kami sekeluarga ‘menghulurkan’ bantuan untuk kelangsungan hidup mereka. Sediakan kotak untuk berlindung dari panas dan hujan. Sediakan ‘sarapan pagi’, ‘makan tengah hari’ dan ‘makan malam’ sekadar mengalas perut seadanya. Hal ni berlanjutan setahun lamanya.

Masa amat cepat berlalu pergi. Pejam celik pejam celik, Ahmad Yaseer dah berusia setahun lebih kini. Begitu juga dengan anak mak itam yang cuma selang 10 hari aje dari tarikh kelahiran anak aku tu. Kira-kira sebayalah mereka. No wonder-lah, si Yaseer ni suka sangat dengan ‘kak long’. Dalam tempoh masa nilah begitu banyak sekali kucing jantan yang berbagai rupa dan saiz berkunjung ke teratak buruk aku ni. Mungkin musim mengawan dah tiba. Agaknya depa semua pakat datangberamai-ramai pasal ada ‘kenduri’. Orang ajak makan siapa pula yang tak suka. Free lagi. Memang dah dasar binatang dan hukum alam dah menentukan, mak itam kembali kembung perut. Dalam sibuk-sibuk beraya pada tahun ni iaitu pada tanggal 03/10/2008 bersamaan dengan 3hb. Syawal 1429H, mak itam ni selamat beranak buat kali yang kedua. Kali ini sebanyak 4 ekor, 3 sama uniform dan sekor lagi berwarna putih. Lagi sekali kejadian makan anak berlaku. Anaknya yang berwarna putih telah tiada dan besar kemungkinannya telah dimakan kucing jantan. Tapi masih menjadi misteri tentang siapa yang punya angkara.

Apapun dengan kadar pembiakan yang cepat dan pertambahan ‘penduduk’ yang mendadak membuatkan timbulnya pelbagai masalah pula. Mamat Yaseer pula dah sedikit tegap berjalan dan dah tidak teragak-agak untuk keluar rumah bilamana pintu ‘grill’ dibiarkan terbuka. Lain tempat tak de dia nak pi. Mesti pergi dapatkan anak kucing yang sedia maklum manja dan minta dipegang. Kekerapan memegang serta menciumnya membuatkan dia mudah mendapat batuk. Batuknya menjadi semakin kuat pula bila waktu tidurnya. Tak lena dibuatnya. Keadaan menjadi semakin serius bila batuknya berlarutan, minum susupun kerap dimuntahkan semula. Malah berat badannya dah menyusut. Kurang cergas dan lebih banyak berbaring serta panas pula badannya. Ketetapan dah dibuat setelah memikirkan buruk dan baiknya. Maka terpaksalah dibuang daerah mak itam dengan anak-anaknya. Tempat yang telah dikenal pasti adalah ‘Taman Desa Duyung’ iaitu taman dimana aku mula menyewa sekitar tahun 1994 setelah berkahwin.

Tak orang tak kita. Apa rasanya bila diperlakukan sedemikian keatas diri sendiri. Sayu hati dan rasa hiba pastinya akan menyelubungi diri. Boleh jadi gila dibuatnya. Inilah akibatnya bilamana keadaan diri ibarat melukut ditepi gantang. Adapun menyusahkan dan kalau tiadapun tidak mendatangkan apa-apa kesan. Bila memandu balik kerumah, berbagai pertanyaan menerjah. Mana dia nak tinggal ni. Bagaimana dengan makan mium ditempat baru ni. Boleh ke mereka sekeluarga menyesuaikan diri. Apa mungkinkah ada insan-insan yang sanggup membantu atau sebaliknya diperambat pergi. Rasa menyesal pun ada. Tapi tindakan dah aku ambil. Terima ajelah hakikat hidup ini.

Sebelum tu, selepas Sembahyang Subuh, aku terselak dan membaca risalah yang terselit kemas dicelah buku-buku yang tersusun dirak buku dimeja tulis aku ni. Kebiasaannya aku selang selikan pembacaan diawal pagi antara Tafsir Juz Amma dengan Huraian Hadis Penggal 1. Risalah tu sebenarnya diselitkan oleh seseorang@ runner diwiper kereta aku ditempat kerja. Baca tajuknya aje dan kemudian masuk kedalam kereta dan bergerak pulang. Tak sangka pula aku terbaca kembali seluruh artikel pagi tadi. So aku uploadkan risalah ni seperti dibawah.

 'Anak Kunci' bukannya anak kucing

Tapi anak kunci yang ke-11 ni yang membuatkan aku berfikir panjang setelah aku membacanya buat kali keduanya setelah menyempurnakan tugasan ‘berbahaya’ tu. Apakah memang aku sebenarnya menyeksa. Tiadakah ‘exception’ dalam dilemma yang aku hadapi ini. Betulkah pintu rezeki akan tertutup. Aku tiada jawapannya. Namun begitu Allah itu Maha Mengetahui akan apa yang setiap manusia lakukan dan lalui. Juga Maha Adil dalam pemberian rezeki terhadap hamba-hambanya. Aku hanya mampu memohon taufik dan hidayah Allah jua.Taufik bererti memberi petunjuk yang disertai pemberian kemahuan dan kesanggupan berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah jualah yang memilikinya. Nabi tidak memiliki taufik apatah lagi orang kebanyakan yang tak tahu apa-apapun. Sehinggakan Allah mengatakan kepada nabi kita, "Engkau ,hai Muhammad tidak akan kuasa memberikan taufik kepadasiapa yang engkau kasihi, tetapi hanya Allah yang berkuasa memberi taufik kepada siapa yang dikehendakinya. Sebab itulah tiada berhasil usaha nabi kita mengislamkan pakciknya Abu Talib diketika hayatnya masih ada.

Untuk akhiri tulisan ini, ingatilah  apa yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w. iaitu ,                                     

"Manusia yang sebaik-baiknya ialah manusia yang banyak jasa dan manafaatnya kepada sesama manusia".

Survival Melayu

Ini merupakan antara artikel yang terawal dipindahkan dari buku catitan harian aku.                                    
      

19 Disember 2005

 

Survival Melayu

 

Dah lama sangat dah tak mencatitkan kisah-kisah hidup dan kehidupan. Sebenarnya hajat tu ada. Bahkan sentiasa membuak-buak nak menulis. Tapi entah macammana sering kali tak menjadi kenyataan. Puncanya tiada kesungguhan. Malas serta ‘involve’ dalam perkara atau hal yang bersifat ‘urgency’ yang perlu ditangani segera, merupakan faktor-faktor menyekat aktiviti penulisan aku ni. Lagipun, tiada element ‘ekonomi’. Tulis bukannya dapat duit. Tapi sekadar merekodkan aktiviti harian aje. Sebenarnya, bukanlah duit yang menjadi priority bagi aku untuk menulis. Menulis ni boleh menjadikan seseorang itu kritis pemikirannya dan matang fikiran. Hanya orang bodoh saja yang jatuh kedalam lubang yang sama untuk kali kedua. Puncanya adalah kerana ‘peristiwa’ atau kejadian pertama tu tak mendapat ‘petunjuk’ atau tak tahu yang insiden itu adalah ‘pengajaran’ yang berharga buat dirinya sendiri.

 

Apapun, aku terpanggil untuk membincangkan persoalan survival Melayu ditanahairnya sendiri. Ini termasuklah diri aku sendiri. Apa dah jadi dan apa nak jadi? Pokoknya, setiap individu Melayu perlu berubah. Berubah dari situasi kehidupan kini kepada bentuk kehidupan yang lebih positif sifatnya. Dinamik dan mementingkan kecemerlangan. Apakala keadaan yang ada sekarang ni tidak membantu sikitpun pada kecemerlangan, apa perlunya untuk terus kekalkan cara hidup sedemikian. Segala kelemahan diri perlulah dikenalpasti. Kemudian mengubahnya dan bina kekuatan diri. Kesanggupan untuk berubah, apa pun, dari sikap negative kepada positif memerlukan commitment yang tinggi dan jitu. Andainya tidak ada kesanggupan dan tiadanya kesungguhan, tak usah cakaplah pasal bab ubah mengubah ni. Yang pastinya, perubahan sikap amat perlu. Mahu berubah ataupun tidak. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 11 yang maksudnya,

 

                        Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum

                   sehinggalah kaum itu sendiri yang mahu mengubahnya."

 

Antara huraian ayat Al-Quran ni, maaf – perbetulkan saya, andainya saya salah, yang nak disentuh adalah perkataan ‘kaum’. Maknanya dalam kelompok yang besar, yaitu ramai. Dalam ‘Behavioural Science’ yang dipelajari pertengahan 80-an yang penuh ‘cerita’ terutamanya semasa di ITM atau kini dikenali sebagai ‘UiTM’ pulak, ada menyentuh hal ni. Manusia dikategorikan mengikut ciri-ciri yang ada pada diri seseorang tu. Maksudnya boleh di’single-out’kan atau dianalisa. Ada yang berupaya menjadi ketua. Ada yang sekadar menjadi pengikut saja. Semuanya bergantung pada apa yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Sebab itulah istilah ‘opinion leader’ dalam cabang ilmu ni ujud serta ‘follower’. Dalam hierarchy, ‘opinion leader’ adalah paling atas sekali sementara followernya pula adalah yang terkebawah sekali duduknya.

 

 

 

Persoalannya kini, siapakah yang perlu jadi ‘opinion leader’-nya sedangkan yang disebut ‘kaum’ yang difahami sebagai sekumpulan manusia, dalam study-case ni kaum Melayu, yang bilangannya ramai tidak akan diubah nasibnya sekiranya mereka tidak mahu berubah. Apa pula kisahnya dan tentunya semakin sukar jadinya bila individu pula yang tidak mahu berubah. Jadinya, perlu ada satu ‘gelombang’ perubahan kesedaran serta perancangan yang rapi bagi mengembalikan kegemilangan martabat Melayu di tanahairnya sendiri. Bak kata Pak Lah, kita perlu menjadi Melayu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

 

Harap-harap jangan ‘Terus Hilang’ sudahlah.